Halaman Utama | Order

Syarat dan Terma Pakej Web Jualan

Sila fahamkan syarat dan terma Pakej Web Jualan dibawah. Dengan membuat pembelian Pakej Web Jualan, ini bererti anda telah mematuhi dan menyetujui syarat & terma yang telah ditetapkan.

 

Pakej Web Jualan

Pakej web jualan mengandungi 10 Panduan ASAS teknik dan cara membina sebuah laman web jualan (minisite).

Harga tetap Pakej Web Jualan adalah RM57.00. Namun, jika terdapat sebarang aktiviti promosi, harga ini mungkin berubah mengikut promosi yang dilakukan.

Pakej Web Jualan hanya boleh diperolehi menerusi http://www.WebJualan.com atau daripada senarai agen reseller yang sah seperti yang tersenarai di http://www.WebJualan.com/reseller

Segala bonus istimewa yang ditawarkan adalah TIDAK TERMASUK dalam Pakej Web Jualan. Ianya adalah sampingan sahaja dan mungkin boleh hilang pada bila - bila masa sahaja.

Pembeli SAH Pakej Web Jualan layak menerima sebarang kemaskini produk dan tambahan bonus pada masa - masa akan datang secara PERCUMA.

Pakej Web Jualan adalah produk berbayar dan terkandung HAK CIPTA. Sebarang penyebaran secara haram (illegal) adalah dilarang sama sekali. Pengguna yang mendapatkan pakej web jualan secara tidak sah akan dikenakan tindakan tegas berdasarkan undang - undang Malaysia.

 

Pembeli Pakej Web Jualan

Setiap pembeli adalah terikat dengan peraturan yang telah ditetapkan pada halaman ini serta pada setiap panduan Pakej Web Jualan.

Pembayaran hendaklah dilakukan dengan jumlah harga yang tepat.

Pembeli adalah DILARANG menyebarkan Pakej Web Jualan secara haram sama ada menjualnya semula atau menyebarkannya secara percuma dalam apa jua bentuk sekalipun tanpa kebenaran daripada pihak WebJualan.com

Pembeli haruslah memberikan butiran lengkap yang diminta ketika membuat pembelian Pakej Web Jualan sebagai rujukan kami. Butiran yang dikirimkan adalah selamat serta terpelihara bersama kami.

Setiap informasi / link download / Produk / Bonus yang ditawarkan adalah hak milik pembeli seorang sahaja dan tidak dibenarkan dikongsikan bersama pihak lain. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan hak pembeli hilang sama sekali.

Pembeli akan menerima setiap updates Pakej Web Jualan keluaran WebJualan.com menerusi email yang terkirim berdasarkan maklumat yang telah didaftarkan ketika pengesahan pembelian.

Pembeli layak menerima Support / Bantuan khas daripada WebJualan.com berdasarkan panduan yang telah disediakan sahaja.

Hak Istimewa pembeli akan terbatal sama sekali jika melanggar mana - mana syarat yang telah ditetapkan oleh WebJualan.com

 

Hak Cipta Pakej Web Jualan

Pakej Web Jualan adalah produk yang dibangunkan oleh WebJualan.com dan mempunyai hak cipta terpelihara.

Pakej Web Jualan harus dibeli daripada pemilik asal ataupun daripada agen reseller yang sah seperti yang tersenarai di http://www.WebJualan.com/reseller.

Pakej Web Jualan tidak dibenarkan disebar secara percuma dalam apa jua keadaan sekalipun.

Tiada mana - mana bahagian dibenarkan disalin, dicetak, ditiru dalam apa jua bentuk sekalipun tanpa mendapat kebenaran daripada penulis.

 

Jaminan Pulangan Wang

Setiap pembeli berhak mendapatkan pulangan wang kembali dalam tempoh 14 hari selepas pembelian NAMUN perlu besertakan beberapa syarat dibawah.

  • Telah mencuba segala teknik dan panduan yang diberikan dengan bersungguh - sungguh pada Pakej Web Jualan yang dibeli.
  • Membuktikan usaha yang dilakukan menerusi laman web yang dibuat.
  • Memadam / delete kesemua file Pakej Web Jualan termasuk Bonus - Bonus Percuma yang diperolehi dari komputer pembeli.

Wang akan dikembalikan dalam tempoh 7 Hari selepas pembeli telah mengikut syarat yang ditetapkan diatas dengan membuat pengesahan kepada pihak WebJualan.com

 

Penafian

Panduan yang diberikan adalah berdasarkan pengalaman penulis semata - mata dalam bidang yang disertai. Panduan ini berkemungkinan TIDAK SESUAI untuk digunakan oleh sesetengah pihak.

Segala usaha telah dilaksanakan untuk memastikan panduan yang diberikan adalah tepat semasa dihasilkan NAMUN disebabkan oleh informasi bertukar dengan pantas, mungkin sesetengah tips atau teknik yang diajar tidak lagi bersesuaian untuk digunapakai pada masa hadapan.

Tidak ada jaminan yang diperakukan bahawa maklumat yang terkandung di dalam buku panduan ini adalah tepat dan lengkap selamanya. Pengarang serta penerbitnya dengan ini secara khususnya tidak bertanggungjawab atas apa-apa risiko, kehilangan, liabiliti, sama ada secara peribadi atau tidak, yang berlaku akibat penggunaan dan aplikasi kandungan buku panduan ini, secara langsung atau tidak langsung.

Bantuan & Support hanya diberikan berdasarkan panduan yang telah disediakan. Lain - lain bantuan yang diminta akan dikenakan caj tambahan bergantung kepada tahap kesulitan yang dihadapi.

Informasi yang diberikan pada halaman web ini mungkin akan berubah - ubah TANPA pemberitahuan awal. Segala yang terkandung pada ketika ini adalah harus dipatuhi sebagai pengguna Pakej Web Jualan.

 

Halaman Utama | Order | Syarat & Terma

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape